Asfia,Mokthar Hashim dan Haji Shuib Punca Utama Kemunduran Pulau Beruit
Asfia,Mokthar Hashim dan juga Haji Shuib Basnu dilabelkan oleh penduduk Pulau Beruit sebagai PUNCA kemunduran ditempat mereka..Asfia sebagai wakil rakyat di DUN N36 SEMOP,dikatakan kerap melawat Pulau Beruit disetiap kali pilihanraya mahu diadakan,.menurut penduduk Pulau Beruit lagi,Asfia suka menabur janji-janji kosong sebelum pilihanraya dan selepas pilihanraya serta menang pilihanraya bayang-bayang Asfia akan lenyap begitu sahaja...ini membuatkan penduduk Pulau Beruit rasa marah dan rasa dipermainkan oleh wakil rakyat mereka.
Mokthar Hashim adalah orang kanan (orang kuat)Asfia bersubahat dan terlibat sama atas kemunduran Pulau Beruit,menurut penduduk disini segala projek yang diusahakan oleh kerajaan hanya diserahkan kepada individu tertentu antaranya Haji Shuib dari kampung Tekajong,.mengikut penduduk kampung Tekajong projek-projek seperti projek tanaman limau manis yang dianggarkan peruntukan projek tersebut mencecah puluhan ribu ringgit,tetapi projek yang hendak dilaksanakan itu tidak menjadi yang tinggal hanyalah semak samun.
Penduduk di Pulau Beruit mengharapkan kemudahan asas seperti jalanraya dan juga bekalan air bersih iaitu air paip sepertimana ditempat lain dinegeri Sarawak.Asfia sudah lebih 15 tahun meminpin untuk DUN N36 SEMOP tidak dapat melaksanakan inpian rakyatnya..ini menunjukan beliau gagal menjadi wakil rakyat dikawasan DUN N36 SEMOP..kegagalan beliau amat ketara dimata penduduk Pulau Beruit.
Disamping itu juga penduduk di Pulau Beruit menyuarakan dan berkehendakan wakil rakyat yang baru untuk mengantikan tempat Asfia,menurut penduduk disini mereka mahukan wakil rakyat yang boleh menjalankan tugas dan mengambil berat tentang permasalahan rakyat..lagi elok kalau wakil rakyat adalah Anak Jati Tempatan kata mereka,disini nampak jelas Asfia sudah tidak lagi mendapat sokongan manoriti penduduk pulau Beruit.
kesimpulannya Asfia dan juga orang kanan atau orang kuat beliau Mokthar Hashim serta orang kuat beliau dikampung Tekajong merangkap ketua PBB Pulau Beruit Haji Shuib Basnu tidak lagi mendapat sokongan seluruh kampung di Pulau Beruit.,mereka (penduduk PB)memberitahu Asfia,.Mokthar Hashim dan Haji Shuib gagal menjalankan tanggung jawap masing-masing dan mementingkan keluarga serta saudara-mara mereka sahaja.
Inilah luahan penduduk Pulau Beruit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan